Apa kah itu sos plum ??? Ni hasil carian Google cik gila jering : 

Sos plum mempunyai rasa masam manis, menjadikannya perasa yang sangat berguna. Paling banyak digunakan dalam masakan Cina, sos ini boleh dijadikan sos cecah dan enak dimakan dengan itik panggang. Sos plum dibuat daripada plum manis dan buah-buahan lain seperti pic atau aprikot.Memandang kan bende ni biasa digunakan dalam masakan Cina so cik gilajering cadangkan cari la yang ada logo halal..

        Kali ni cik gilajering nak share dengan korang resepi ayam bersos plum... Selain  ayam korang boleh ganti dengan daging , udang ataupun sotong ..,ikut selera masing- masing..Gini la lebih kurang rupanya.

Sepatutnya resepi ini menggunakan mangga muda/mempelam  /nenas... Cik gilajering masak menggunakan bahan yang ada di rumah saje.

Ayam bersos plum
Bahan-bahannya
1)isi ayam
2)tepung jagung
3)serbuk lada sulah
4)serbuk lada hitam
5) cili api
6)tomato
7)cili kisar
8)lobak merah
9)sos tomato,sos tiram dan sos plum
10)bawang merah,bawang putih,serai,daun limau purut


 Cara- caranya
1)Gaul isi ayam bersama sedikit garam,serbuk lada sulah dan serbuk lada hitam.
2) Salut dengan tepung jagung.
3)Goreng isi ayam 

Ini la rupanya setelah digoreng:

4) Tumis bawang merah, bawang putih, serai dan daun limau purut .

5)Masukan cili kisar.Masak sehingga naik minyak.

6)Masukan 3 sudu sos tomato,2 sudu sos tiram dan 4 sudu sos plum.. Masukan sedikit air supaya ia berkuah.

7)Memandangkan cik gilajering tidak ada mangga muda atau nenas , maka cik gilajering ganti kan dengan potongan lobak merah,tomato dan cili api sahaja... Itu pon sudah memadai supaya masakan kita kelihatan ngences( bahasa jawa: menyelerakan ).

8)Masukan isi ayam yang telah digoreng tadi.

9) Gaul bersama n perasakan.


Ini la menu rumah cik gilajering untuk hari ini.Nampak sambal jering WAJIB ada..!!




   

     Kelmarin en suami ada beli ketam tetapi tak tahu nak masak apa... Ku biarkan Mr crab bertapa dulu dalam peti sejuk .. Memang sudah jadi lumrah bila anda seorang surirumahtangga sepenuh masa yang setiap hari kerja nya memasak di rumah akan menjadi blur memikir kan menu setiap hari...


       Teet..teet ..teet (korang agak bunyi apa ni).., ni bunyi whatsapp hp aku hahahahah... Saje je.. Terus whatsapp en suami .. Nak makan gulai ketam atau sambal ketam..En suami kata sambal ketam..Fuhhhhh lega selesai masalah untuk hari ni..

Resepi sambal ketam+telur
Bahan- bahannya
1)benda wajib mesti la ketam kan
2)cili api
3)tomato
4)bahan kisar(cili kering,bawang merah,bawang putih, halia)
5)telur

Cara-caranya
1) Bersihkan ketam.. Buang la apa      yang patut.. Kalau aku wajib rendam dengan limau nipis dulu.

2)Panaskan minyak.. Goreng bawang dan masukan bahan kisar.Masak sehingga terbit minyak.
3)Masukan Mr. Crab..Tambah cili api  dan tomato supaya masakan kita nampak ngences ( bahasa jawa: mengiurkan)

4)Akhir sekali masukan telur .. Jangan lupa kacau dulu telur.

5)Perasakan.

Taaaaa Daaaaaaa Siap.
Kali ni aku nak share resepi begedil kentang.Tempat aku begedil kentang mahal harganya RM2/pcs .. Elok la buat sendiri.. Kenyang berbaloi- baloi..Yang ni pon resepi turun temurun.Masa aku kecil aku di tugas kan untuk menumbuk kentang yang sudah digoreng. Upahnya sambil menumbuk sambil merasa hahahaha.... Kesan nya turun ke anak aku sambil menolong sambil makan.. Padan muka aku...

Bahan-bahan
1)kentang
2)isi ayam/daging(yang sudah digoreng)
3)daun sup
4)bawang goreng
5)telur

Cara- cara nya 
1) Cara pertama cara mak aku., kentang dikupas kulit dan dipotong nipis.. Basuh dan goreng.. Kentang yang siap digoreng akan dilenyek-lenyek seperti gambar di bawah:
Nampak mak aku lenyak dengan gelas je.. Mujur x pecah...
2)kalau ikut cara aku Hihihi step org malas namanya aku rebus je semua kentang tu.. Rebus jgn sampai lembik sgt.. Toskan air dan sagat kentang ..
3) Masukan isi ayam/ daging /Ikan sardin dalam tin pon boleh,daun sup  dan bawang goreng.

4)Perasakan.. Kalau aku aku bubuh sekali serbuk lada hitam.
5)Bentuk kan begedil .. Terpulang nak buat bentuk apa.. Bulat ., love.,lonjong., gasak korang..korang yang nak makan kan.


6)Pecah kan sebiji telur kemudian kacau seperti nak buat telur dadar.. Salut kan kentang dengan telur sebelum menggoreng ...

SELAMAT MENCUBA


Tu dia ...ada sapa-sapa yang tengok tak kecur air liur habaq mai... Menu kampung memang pembuka selera kami sekeluarga ... Ikan salai memberi satu aroma yg perrrrrgggghhhhhh pada gulai lemak... Kalau makan memang terangkat la... 
Kat mana nak dapat ikan salai?? Keli salai banyak la aku jumpa tetapi yang ini ikan salai original dari Indonesia .. 


Nampak!!!!meriah tak ikan salai yang mak aku beli.


Gambar ni masa mak aku pergi ke Jambi Indonesia dua bulan yang lepas.Kawasan Jambi memang lubuk ikan salai.. Rugi kalau tak borong memandangkan harga kat sana murah.. Kalau korang berminat boleh cari ikan salai ni di kawasan Jalan Chow Kit tetapi harga nya mahal sikit dalam RM60/kg.

so hari ni aku nak kongsi resepi pucuk ubi masak lemak ikan salai.

Pucuk ubi masak lemak ikan salai
Bahan-bahannya
1)pucuk ubi (direbus hingga lembut,dibasuh,ditoskan air dan dipotong )
2)ikan salai 
3)serai yang dititik
4)daun salam/daun kunyit
5)santan
6)cili api,kunyit hidup,bawang kecil 3 ulas dan halia(semua nya dikisar/ditumbuk)
Masukkan bahan kisar,serai,daun salam dan santan.Jerang diatas api yang sederhana . Masukkan ikan salai(jgn lupa basuh dulu).. Biar kan beberapa minit sehingga aroma salai terhasil.. Selepas itu masuk kan pucuk ubi.. Akhir sekali perasakan dengan garam dan ajinomoto