Tu dia ...ada sapa-sapa yang tengok tak kecur air liur habaq mai... Menu kampung memang pembuka selera kami sekeluarga ... Ikan salai memberi satu aroma yg perrrrrgggghhhhhh pada gulai lemak... Kalau makan memang terangkat la...
Kat mana nak dapat ikan salai?? Keli salai banyak la aku jumpa tetapi yang ini ikan salai original dari Indonesia ..
Nampak!!!!meriah tak ikan salai yang mak aku beli.
Gambar ni masa mak aku pergi ke Jambi Indonesia dua bulan yang lepas.Kawasan Jambi memang lubuk ikan salai.. Rugi kalau tak borong memandangkan harga kat sana murah.. Kalau korang berminat boleh cari ikan salai ni di kawasan Jalan Chow Kit tetapi harga nya mahal sikit dalam RM60/kg.
so hari ni aku nak kongsi resepi pucuk ubi masak lemak ikan salai.
Pucuk ubi masak lemak ikan salai
Bahan-bahannya
1)pucuk ubi (direbus hingga lembut,dibasuh,ditoskan air dan dipotong )
2)ikan salai
3)serai yang dititik
4)daun salam/daun kunyit
5)santan
6)cili api,kunyit hidup,bawang kecil 3 ulas dan halia(semua nya dikisar/ditumbuk)
Masukkan bahan kisar,serai,daun salam dan santan.Jerang diatas api yang sederhana . Masukkan ikan salai(jgn lupa basuh dulu).. Biar kan beberapa minit sehingga aroma salai terhasil.. Selepas itu masuk kan pucuk ubi.. Akhir sekali perasakan dengan garam dan ajinomoto
0 ulasan:
Catat Ulasan