Ayam bersos plum

by 12:28 PG 2 ulasan

         Apa kah itu sos plum ??? Ni hasil carian Google cik gila jering : 

Sos plum mempunyai rasa masam manis, menjadikannya perasa yang sangat berguna. Paling banyak digunakan dalam masakan Cina, sos ini boleh dijadikan sos cecah dan enak dimakan dengan itik panggang. Sos plum dibuat daripada plum manis dan buah-buahan lain seperti pic atau aprikot.Memandang kan bende ni biasa digunakan dalam masakan Cina so cik gilajering cadangkan cari la yang ada logo halal..

        Kali ni cik gilajering nak share dengan korang resepi ayam bersos plum... Selain  ayam korang boleh ganti dengan daging , udang ataupun sotong ..,ikut selera masing- masing..Gini la lebih kurang rupanya.

Sepatutnya resepi ini menggunakan mangga muda/mempelam  /nenas... Cik gilajering masak menggunakan bahan yang ada di rumah saje.

Ayam bersos plum
Bahan-bahannya
1)isi ayam
2)tepung jagung
3)serbuk lada sulah
4)serbuk lada hitam
5) cili api
6)tomato
7)cili kisar
8)lobak merah
9)sos tomato,sos tiram dan sos plum
10)bawang merah,bawang putih,serai,daun limau purut


 Cara- caranya
1)Gaul isi ayam bersama sedikit garam,serbuk lada sulah dan serbuk lada hitam.
2) Salut dengan tepung jagung.
3)Goreng isi ayam 

Ini la rupanya setelah digoreng:

4) Tumis bawang merah, bawang putih, serai dan daun limau purut .

5)Masukan cili kisar.Masak sehingga naik minyak.

6)Masukan 3 sudu sos tomato,2 sudu sos tiram dan 4 sudu sos plum.. Masukan sedikit air supaya ia berkuah.

7)Memandangkan cik gilajering tidak ada mangga muda atau nenas , maka cik gilajering ganti kan dengan potongan lobak merah,tomato dan cili api sahaja... Itu pon sudah memadai supaya masakan kita kelihatan ngences( bahasa jawa: menyelerakan ).

8)Masukan isi ayam yang telah digoreng tadi.

9) Gaul bersama n perasakan.


Ini la menu rumah cik gilajering untuk hari ini.Nampak sambal jering WAJIB ada..!!




GilaJering

Blogger

GilaJering - Himpunan Resepi Keluarga.

2 ulasan: